Monday, July 6, 2009

kempen hijaukan bumi kita...

satu lagi hobi aku.. aku suka sangat bercucuk tanam..bukan pokok bunga tp pokok yang bila aku tanam aku boleh guna utk masak... contohnya...

daun pudina nih..aku selalu guna untuk buat teh pudina...sedap..

ni plak serai dan daun kari... serai nih buat teh serai sedap... daun kari untuk buat teh kari la...

yang nih tidak digunakan untuk masak ye anak2..yang ni ialah pokok ehh..tetiba aku lupa nama pokok nih..tp aku guna untuk ubatkan batuk akif...


di sudut tepi kanan ni plak ada pokok bunga melur..daunnya digunakan untuk sauna...
pokok pandan banyak kegunaan nih..
pokok cabai melaka yang berada di penang @ cili api...tp dak nazak nak kena tanam lain nih...


sudut kanan lagi..sayur2an.. sawi dan kailan... sawi tu dah banyak kali aku amik tp bukan potong akar terus tau..aku potong batang ja.. supaya dia boleh keluarkan lagi banyak daun...hehehe aku guna untuk masak megi ja...
kailan tu plak..dah boleh ambik..nnti la bila2 aku masak yerk..
kurusss... ya memang kurus sbb kurang baja...

ni aku baru ja tanam..terencat skit..tp dok tengah membesaq la tu....pokok limau purut...supaya aku senang nak buat tom yam...kalau nak tau aku semai sendiri dari bijik tau no..no..no.. bukan beli...

ni alovera.. saja ja tanam.. induk dia aku dah buang sebab dah tua..yang nih anak2 dia aku tanam lain..dulu aku tanam siap berbunga..banyak kali jugak la alovera aku nih berbunga..nnti aku carik balik gambaq bunga dia noo...

kucaiii... aku amik dari kg..mak kau pnya la.. dulu 1 pasu ja dalam 12 pokok..lani dah mengembang tau..jd 2 pasu...kalau nak buat cucuq udang ka @ char kuew tiau ka senang la..p kerat ja...


dan yang terbaru ialah... pokok kunyit... ni gambaq seminggu yang lalu..kemarin aku tgok daun dia dah keluaq..syokk oo..teruja.. nnti ble la goreng pekasam boh daun kunyit nih...@ nak buat masak lomak cili api ble la guna kunyit idup..

dan yang terakhir... pokok pegaga...boleh la berulam-ulaman... tp jarang amik..sampai dah naik kuning daaa...
tu la hobi aku... bangun pagi siap2 nak p keja..sebelum keluaq umah..aku akan siram pokok2 aku nih..kalau x dan pagi malam le jawabnya...
sapa kata dok umah atas x leh menanam...meh sini aku babapp..meh.. antara rajin ngan x rajin ja..(puji la aku rajin wei..)
aku teringin nak tanam pokok sireh palk ni.. lepas dak?? tanam atas apartmen, ada org pernah buat..tu yang aku pon teringin gak tu... akan datang aku nak tanam pokok halia.. sbb halia yang aku beli dah tumbuh la wei..nak kena beli tanah nih..kalau balik kg ble la aku kaut tanah bakaq kat lungguk sampah mak aku..ngeh3...

saja je..

gambaq akif... saja je tadi dok melewaq dari satu blog ke blog yang lain..tetiba nampak web site nih.. menarik ni...tggu lagi, terus la aku cuba boh gambaq akif plak...

ini lah hasilnya...

menarik sesangat.. nak cuba jom le...

Sunday, July 5, 2009

KedaiChomel Give away..

Stickey N3..


lagiii...??!! hahahahha.. nak buat camner bulan ni ramai plak blogger nak buat give away..

dan aku hanya mencuba nasibbb.....
give away nih dari kedaichomel, akak ni dok dekat ja ngan umah aku..so kalau aku yang menang...ble la ku p ambik dan jmpa akak ni sendiri..ceewahhh pasyan plak..
syarat dan peraturannya sangat2 mudah.. cuma buat n3 pasal give away ni dan tempekkan banner ni..
Handmade by Anasfadilah

kat n3 tu..
mesti 'subcribe kedaichomel via email', kotak subsribe tu boleh jmpa kat atas sebelah kanan blog kedaichomel.
dan akhir sekali tggalkan komen dan link untuk post n3 hampa.. sonangkan...
aku dah buat semua.. kalau nak join jom arr.. click sini untuk ke kedaichomel untuk tau lagi detailsnya..

hadiahnya pulak..memang sesuai untuk kaki2 shopping berupa...jusco shopping voucher dan chomel nursing cover / poncho.

selamat mencube...

Aku kata : bukan rezeki la..sob..sob..sedeynya.. tak pa nnti cube len no...ada sapa2 lagi nak buat give away??

Saturday, July 4, 2009

handmade by me..

ada banyak lagi hasil kerja tangan aku yang aku nak tunjuk kat cni..nnti aku upload lagi..antaranya ialah...

gantung2 lam keta.. yang ni aku buatkan untuk jija..special untuk ubatkan hati dia yang tengah sedih atas kerosakan h/phone kesayangan dia yang dihadiahkan olek kakaknya sendiri..untuk pengetahuan kerosakan itu disebabkan perbuatan khianat/dengki oleh....hanya Allah saja yang tahu siapa pengkhianat itu..eee..geram aku tau..

hairclips ni aku buat untuk anak2 dara kak mi yang biru kiri dan kanan tu untuk wawa dan najihah untuk dipakai ke sekolah..yang tengah tu pulak untuk a'aa @ nasuha.. reaksi mereka..cantiknyaaa..mak cik mila..a'ah memang mak cik mila cantikkk...

gantung h/phone ni plak milik aku sendiri... spongebob.. dapat idea dari pasar malam...ada orang jual..so aku buat la guna felt nih.. aku suka sangat..

cuppies ni plak.. aku bg kat kak rose a.k.a my boss.. dia kata nak bg kat niece dia tp hari tu aku tgok dia dah gantung kat h/phone dia... cute kan...

Friday, July 3, 2009

kene 'tag' ?? a'aaa

auuwww!! terujanya...x sangka selalu gelak2 ja bila baca blog orang lain bila depa kena jawab tag..kali ni turn aku plak..aku di'tag' oleh.. cutie-home (psssttt..sebenaqnya aku x tau la nama dia..hehehe)
so.. aku pon layan.. memandangkan aku masih lagi 'cewi' @ 'kecewi' dalam berblog nih...


okeh aku mula ya...

1. Anda rasa anda hot? ~~ hot ker??

a'ah la tengah hottt sesangat nih..baru lepas makan durian.. kipas..kipas..



2. Upload gambar kegemaran anda.



3.Kenapa anda suke gambar ini?

gambar pertama aku suka sebab.. ramai yang tgok gambar ni kata aku kurus (dalam gambar je la kan..)

gambar kedua plak.. gambar akif (nak jugak anak teruna aku enteprem sama..) sebabnya..nampak chubby la budak nih..bulat teghenyeh plak tu..

4. Bila kali terakhir anda makan piza?

sedapnya pizza..pizza hut ke domino's pizza mana satu ekk??

pizza hut dah setahun x makan tau..susah la mr hubby x soka makan pizza..domino's pizza plak..x pernah jejak langsung..nnti la try, depa baru sebenaqnya dah lama buka satu outlet kat kristal point bayan baru nih...

5. Lagu terakhir yg anda dengar?

Aku wanita aku kaum hawa...ala lagu dato' ct nurhaliza..aku suka lagu tu..vangganya va..vaa..vaaa.. jadi wanita bila dengar lagu tu.. wahai kaum lelaki dengar la lagu tu selalu..hargailah kaum wanita..ceeewahhh!!

6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini?

sambil taip..sambil mengunyah.. sedap tul la kerepak beli kat bukit gedung nih..tp..kilangnya di alor staq..import tu..

7.Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?

Sayang..ewwaahhh.. banyak la ko pnya sayang.. aku suka ja nama mila nih.. pssttt nak tau dak.. mak aku pggil aku imi (nama manja nih....)

8.Tag lagi 6 org dgn hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori..



1. my sis

2. chukie

3. ayie

4. efamaira

5. lydia delia

6. atiqah

haaa..kau siap ada link lagi tu..so kalau x buat aku babapp nnti..

* Siapa no 1 kepada anda?

kakak ipaq aku la wei...

*Bagaimana pulak dengan no 4?

kawan 'maya' aku kenal masa sama2 fight untuk menang give away dari chomelcraft..

* Kata sesuatu tentang org no 5.

pandai menjahit..wei sapa nak beli nursing cover cariks la lydia nih..

* Bagaimana pulak dengan no 3.

sepupu sebelah mr hubby dan juga seorang cikgu.. ada talent nakjadi guru besaq ni weh..

* Siapakah org no 2?

my biras...iaitu isteri kepada adik ipar saya..juga seorang ibu kepada seorang puteri yang comel..

* Bagi pesanan anda untuk org no 6.

atiqah..buat tau..jangan tak buat.. kalau x buat x mo kawan..ngeh3...


tgok betapa xcitednya aku buat 'tag' sekejap ja dah siap...

so yang dah disebut-sebut namanya silalah buat...aku suka tau.. 'tag' lah lagi..

Thursday, July 2, 2009

hadiah give away..

aku dah dapat hadiah give away dari wannur tu.. cantik dan kreatif sangat..tq wannur..

yang hitam dan merah tu mmg menjadi pilihan aku...yang hijau tu hadiah misterinya..pon cantikkk sangat..aku suka sesangat...
anak dara x dak lagi...apa kata kalau aku pakai untuk aku sendiri...boleh..??
aku x kan bagi kat sapa2 hair clip nih..aku nak buat koleksi peribadi aku ja..

semalam buka posa makan kuih ja tp lupa plak nak snap gambaqnya..sahurnya pulak..semangat ja malam tu buat masak asam isi ikan apa ntah.. last2 x jaga pulok kul 0500 am.. sdar ja dah pukul 0645am..ngeh3...jawabnya aku x posa la ari nih... nasi tu jadi la bekal untuk hari nih..

b4 tidoq semalam layan citer katun...hampa besa dak tgok citer nih...

a'ahh..shaun the sheep..aku ngan akif kalau tengok citer nih x larat gelak ngan telatah kambing biri2 nih..lawak tul..tgok nih..


yang atas tu la ketua depa...

bro nih la..apa2 pon dia la yang akan jadi penyelamat..


muka confident ja.. semalam..

cerita pasai depa main bola guna sayur kobis.. tgok skill x bleh blah.. kalau nak tgok citer nih chanel 615 (disney chanel kot)..aku tgok time tu kul 1230am... tggu la malam nih mesti ada.. jom tgok...

Wednesday, July 1, 2009

ganti posa..

lagi sebulan jerk dah nak ramadhan balik... aku baru dok terhegeh2 nak ganti posa.. dah nak kena ganti dekat 30 hari gak la..nak buat camnakan.. bukan sengaja aku nak tggal posa tahun lepas tp terpaksa kerana aku mengalami keguguran pada masa tu..sob..sob..sedih plak.. kalau tak akif dah dapat adik... x dak rezeki..tp bleh cuba lagi..kan..kan..

aku dah dapat ganti dah baru 3 hari... dok ada lagi 27 hari..

menu buka posa semalam ialah...

ya.. makaroni goreng..nyum..nyum.. sedap (masuk lift tekan butang sendiri nih).. closeup skit...

uit..ayaq liuq meleleh tu oi..lap cepat....hahahahahaha... boh lada sulah banyak2 baru bestt.. untuk akif plak...x sama ngan aku..aku pnya macaroni goreng nih pedasss..so ini sajiannya..

dia dah makan separuh baru aku teringat nak amik gambaq... macaroni tomato sup..sup pon dah kering dia hirup..macam biasa reaksi dia...maa..dappp..beshhh..!

minuman yang kami minum ialah...
lemon grass green tea.. resepi dari myresipi.com..
makan sambil layan la dose amira.. bila abis ja aku ambik la remote astro takut akif main2 tertukaq chanel lain..sbb aku nak dengaq lagu tema citer tu..tgok la apa yang dia buat..ngusik aku tu..

geget jugak budak nih kang.. pas 2 ada budak kena marah...sbb nak main digital camera mama dia....

ni plak menu bersahur pagi tadi.. nasi putig gulai udang dan kacang dannn.. telur masin...
jemput makn semua...opp..puasa...